Sedar tak sedar dah dekat 6 bulan aku menghabiskan waktu-waktu muda aku kat pejabat tanah jerantut,Pahang ni.Terasa amat sekejap masa berlalu, terasa baru semalam aku memulakan sesi praktikal aku kat sini.Masa mula-mula aku melaporkan diri dulu,hati aku berkata ,"bapak cuak !" mana tidaknya kan,dah la hari pertama kita mesti tak kenal sape-sape agi kan.Peeerhh ! setelah aku da 'ngam' ngan diorang baru lah aku rasa lega sikit,tapi sikit je tau..tak la banyak macam air slurpee.Masa aku keluar minum pagi ngan mereka,kadang-kadang jiwa aku berkata,"yeah ! aku da baligh ! mana tak nya semua yang ada bersama aku masa minum pagi tu layak dipanggil ayah oleh aku,bahkan datuk pon ada.Tua-tua pon muka mereka tu berkedut berpengalaman la,bukan sebarang tua tau.Hari ini aku duduk termenung di pejabat sambil memikirkan sesuatu yang rumit seperti mengira bulu zirafah.Aku berasa pelik dan selepas itu hairan sebentar,kemudian hati aku melafazkan,
kenapa aku rasa berdebar-debar?
kenapa aku rasa aku seperti bergetar-getar?
kemudian jantung pula melafazkan,
kenapa aku rasa seperti mahu meletup bak sebiji mercun bola ?
kenapa aku berdegup sepantas kuda belang berlari?
kenapa?
mengapa?
apa yang terjadi ngan perasaan aku ni?
setelah dikejutkan oleh satu perasaan lapar yang kuat, aku tersedar !
aku sedih !
aku kecewa !
aku pasrah !
aku penat !
aku pening !
Aku tak nak semua ni habis terlalu awal.Aku berasa tak puas ! seperti waktu-waktu aku menjalankan sesi praktikal disini tak memberi aku apa-apa pengajaran.
aku rasa aku masih,
jahat !
hina !
terkutuk !
jauh ketinggalan.....
Tapi nak buat mcm mana lagi kan, masa tetap dan telah pon berlalu.Aku nak atau tak terpaksa gak la aku tempuh hidup aku yang akan mendatang.Aku harus bersedia dalam menempuhi rencah-rencah kehidupan aku yang telah ditakdirkan oleh tuhan.Aku berdoa agar hidup aku sejahtera dan dilimpahi dengan kejayaan,amin~ :)
eh ! aku terlupa lak yang tadi aku dikejutkan oleh perasaan yang agak lapar...hehe...jum !?kita makan ?